Saturday, 22 February 2014

    Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk diri ini terus hidup dengan nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan Sang Pencipta. Sudah agak lama menyepi,hampir sebulan. Namun kini diri ini kembali bersemangat insyaAllah. Mungkin diriku masih baru dalam bidang penulisan namun akan kugagahkan jua kerana apa??InsyaAllah kerana agamaku. Allah itu tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Saat diri ini bagaikan hilang pedoman , panduan , saatku kegelisahan Dia datangkan aku sahabat-sahabat yang tanpa sedar sentiasa ada sebagai utusan dariNya, sebagai pemudah jalan untuk segala permasalahan. Terima kasih ya Rabb kerana disaat hambumu ini tergapai-gapai engkau datangkan ilham , sahabat-sahabat yang mampu membuatkan hatiku ini hanya bertaut padaMu.

Suka tintaku ini  diselitkan kata-kata Dr. Aidh Abdullah Al- Qarni dari bukunya Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia 

  "Jangan sesekali anda memprotes jika anda menghadapi kesusahan kerana anda telahpun menikmati kesenangan yang telah lama"

Sesungguhnya ujian dari Allah itu pasti ada, kerana apa?? kerana Dia rindukan rintihan dan ratapan kita. 

     (Khabarkan berita gembira kpd org-org yg sabar. (Iaitu) org-org yg apabila ditimpa musibah mengucapkan "inna lillahi wainna ilahi raji'un")


al-baqarah 155-156 

    Jika dibandingkan musibah,kesusahan yang menimpa diri ini tidaklah sehebat saudara-saudaraku di Syria, Afrika , Palestin tapi yakinlah ujian Allah pada hambaNya berbeza-beza dengan kemampuan hambaNya. Yang kupinta hanya ketetapan hati dijalanNya. 

Nantikan nukilanku di lain masa. 








                                                                         Masih seorang pencari &                                                                             pemburu Mardhatillah