Thursday, 9 January 2014

Cinta Rasulullah

Allah , tanpa kita sedar Maulidur Rasul untuk kali ini semakin hampir..Kita kalau sebelum nie sibuk mencari cerita gosip artis2, KPOP dan macam-macam lagi tapi hakikatnya , Idola sebenar , kekasih Allah ini tidak pernah kita singkap sejarahnya. Sempena Maulud yang bakal menjelang tak lagi...14/1/14 bersamaan 12 Rabiul Awal 1435H..jom sama2 teliti sedikit sebanyak peristiwa berlaku semasa dan selepas kelahiran Baginda..

1. Setiap wanita yang mengandung, akan merasakan susah payah dari kandungannya itu, sedangkan ibunda Rasulullah saw sama sekali tidak merasakan hal tersebut.

2. Tiap-tiap wanita yang akan melahirkan merasakan rasa sakit (makhoodl), dan itu tidak dirasakan oleh ibunda Rasulullah saw sama sekali.

3. Setelah Rasulullah saw dipisahkan dari Ibunya sehabis di lahirkan, maka Beliau langsung sujud kehadirat Allah Ta'ala, seraya mengatakan; "Ummatku, ummatku!"

4. Rasulullah saw lahir dalam keadaan sudah dikhitan.

5. Setan-setan dilarang naik ke langit, ketika Rasulullah saw dilahirkan. Padahal sebelumnya setan-setan itu dapat naik turun ke langit untuk mendengarkan percakapan-percakapan yang dilakukan para malaikat.

6. Halimah, yaitu ibu susu Rasulullah saw, sebelum ia menyusukan Rasulullah saw salah satu susunya tidak mengeluarkan air susu, lalu tatkala ia menetekkan susunya ke mulut Rasulullah saw, ketika itu juga keluar air susunya dengan deras.

7. Ketika Rasulullah saw di lahirkan, terdengar suara tanpa rupa dari sudut-sudut Ka'bah;

Dari sudut pertama terdengar suara;
“Telah datang kebenaran (Islam) dan kebatilan (kekufuran) tidak akan kembali lagi.”
Dari sudut kedua terdengar suara;
“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyanyang terhadap orang-orang Mu'min”
Dari sudut ketiga terdengar ucapan;
“Telah datang kepadamu cahaya (Nabi) dari Allah, dan kitab (Al-Qur'an) yang menerangkan”
Dari sudut keempat terdengar ucapan;
“Hai Nabi, sesungguhnya kami mengutusmu untuk menjadi saksi, dan pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan, dan untuk menjadi penyeru kepada agama Allah dengan izinNya dan untuk menjadi cahaya yang menerangi”

**Jom CINTA Rasul***


" Allahummasollialamuhammad waalaalihimuhammad "


p/s: syukran sangat kat sahabat fb yg sudi berkongsi sirah nie. :)

Wednesday, 8 January 2014

Dont give up

     Salam imtihan, walaupun kebanyakannya pasti dah nk habiskan?? Aku masih ada satu paper yang bagiku sangat-sangat " KILLER SUBJECT ".( Stressla aku , Carry mark aku rendahla , apa la lecturer nie tak membantu lansung la. Exam 40 % jew pn , matilala aku carry mark rendah , Soalan tadi entah apa-apa entah tak pernah dia ajar pun. )
   Itulah antara kata-kata lemah sangat yang keluar dari mulut kita tanpa kta sedari sebenarnya telah melemahkan semangat kita dan membuatkan kita putus harapan. Namun sedarkah kita apa yang terjadi dalam setiap kehidupan ini adalah keranaNya. Di manakah kita letakkan kebergantungan kita ?? Pada yang Mencipta atau pada makhluk yang diciptaNya ?? Atau pada material dunia yang semata-mata. Adakah apa yang kita kerjakan kerana dunia semata atau untuk mencari redhaNya ?? Lagi satu , ingatkah kita belajar ini adalah AMANAH untuk kita?? huu..bila ku pikir-pikirkan banyaknya salahku. Amanah yang ibu bapaku tugaskan bagaimana?? Amanahku pada Allah bagaimana ?? 
  " Kalau dah stress sangat tu maksudnya hati tu jauh dari Dia la " kata-kata seorang temanku yang sangat aku sayang sebab dialah selalu nasihat aku..

  So,sahabat-sahabatku don't give up. Jangan pernah putus asa kerana itu sangatlah sifat yang tidak sepatutnya. Letakkan kebergantungan kita sepenuhnya kepada Yang Kuasa kerana Dialah yang mengawal semuanya. Dialah yang memegang hati pemeriksa kertas kita untuk bagi markah kita , Dia lah yang mengawal hati kita untuk tentukan jawapan mana yang betul atau salah dalam exam nanti. So, Adawiyah chaiyok2!! Fighting, 1 more paper to go..InsyaAllah aku boleh.











Bangkitlah Syabab Akhir Zaman

Di Syria , Palestin , Myanmar , Pakistan , Afghanistan dan mana-mana negara Islam yang ditindas Wanita-wanitanya diperkosa , dijatuhkan maruah mereka , Anak - anak kecil disembelih , dibunuh beramai-ramai , pemuda-pemudanya di penjara , di tanam hidup-hidup , dibakar malah lebih dahsyat lagi pembunuhan yang dilakukan , ibu-ibu , ayah-ayah diseksa , dibunuh dihadapan anak mereka sendiri. 

Namun apa yang kulihat di negaraku ini ,
Wanita -wanita merelakan sendiri maruahnya diragut oleh bukan ajnabi ,bukan pemilik sebenar malah sanggup menjadi bahan taruhan , anak-anak yg idak berdosa dibunuh,dibuang sendiri oleh ibu kandunganya sendiri dek malu kerana perbuatan terkutuknya , anak sanggup memukul ibunya sendiri malah ada sehingga membunuh dek kerana najis dadah. 

Benarlah kata orang , negara kita takkan diserang musuh Islam dari luaran dari segi fizikal kerana sebenarnya tanpa sedar kita telah diserang. 
Diserang dengan pemikiran,ideologi-ideologi barat, hiburan berlebihan , jiwa yang lupakan Tuhan hingga hilanglah pemuda-pemudi yang ingin berjuang di jalan kebenaran.

Sungguh aku sedih ,takut. Takut dengan bangsaku sendiri. Ayuh bangkitlah wahai syabab. Bangkitlah untuk kemenangan yang pasti, yang sudah dijanjikan kerana kitalah penggerak masa hadapan.

 Setiap 100 tahun pasti akan didatangkan syabab yang membawa kemenangan. Justeru bangkitlah , bangkitlah wahai saudara-saudaraku.. Kemenganan mutlak kelak akan menjelang. Islam kembali dipuncak. Sahutlah seruan jihad. Syahidnya dikau wahai pemuda sebagai bintang syurga.


Wednesday, 1 January 2014

Tahun penuh Harapan

Muhasabah untuk tahun baru

Kenapa Allah masih hidupkan aku hari ini? Jawapan Imam Ghazali :"Kerana dosaku terlalu banyak dan Allah masih izinkan aku untuk bertaubat"


Semoga hari esok lebih baik dari semalam

Semoga tahun depan dan seterusnya lebih baik dari sebelumnya
Semoga kita semua sentiasa mengejar redha Illahi
Semoga diri ini terus mampu megapai Mardhatillah
Semoga diri ini mampu berbakti untuk ummah, keluarga.



Tahun 2013 sungguh banyak kenangan pahit , manis dalam arus kehidupan. Aku percaya setiap orang juga sebegini rupa. Namun yang membezakannya ialah adakah kita masih mahu terus menerus mengalami kenangan yang sebegitu rupa atau ingin mengubah ke arah yang lebih baik??

Persoalan itu hanya diri anda yang mampu untuk menjawabnya. 

Kini aku merasakan sudah banyak perubahan yang berlaku dalam sambutan ambang tahun baru dalam negaraku ini. Sambutan ke arah pengisian jiwa rohani telah mampu menarik jiwa masyarakat. Sungguh perubahan ini merupakan perubahan yang besar. Pelbagai golongan terutamanya artis dilihat kini sudah ramai yang menjurus ke arah mencari sinar kebenaran, iaitu cahaya keindahan indahnya dunia Islam. Persoalan dan juga sebenarnya sebuah harapan yang kini sering menggangu diriku dan tak mungkin terjawab. 


Apakah Islam sudah kembali ingin dipuncaknya?? Setiap 100 tahun pasti akan ada yang menegakkan kembali agama syumul ini. Itulah kata2 yang kupetik dari kakak usrahku. Kini pelbagai fenomena, peristiwa yang sering melanda ummah. Ada yang sangat merisaukan , ada yang penuh dengan motivasi memberi semangat untuk perjuangan Islam. 


Sempena tahun baru masihi ini dan juga hijrah yang baru menginjak ke Bulan RabiulAwal aku harap perjuangan Islam terus di puncak , aku harap diriku mampu untuk turut sama dalam kancah perjuangan. Syahid impianku dan aku pasti impian setiap mukminin. 


Allah,aku mohon dariMu agar berikan aku ruang , kesempatan untuk aku turut sama dalam perjuangan , Engkau berikan kemenangan untuk saudara-saudara kami dari ancaman musuh-musuh Islam , 

sungguh aku menangis kerana aku di sini hidup penuh nikmat namun saudara-saudaraku disana penuh dengan kegusaran. 
Mohon doa dari kalian untuk mereka yang kini sedang tegar memperjuangkan agama Islam.