Friday, 13 December 2013

Kadang- kadang susah nk jga hati ini supaya jangan merungut,jangan bersedih jangan terbeban dengan kerja yg ada.. Allah jaga lah hati ini , permudahkanlah segalanya 
    
   



Thursday, 5 December 2013

Ikhlaskah aku keranaNYa

Kehidupan pelajar universiti terkadang memaksa untukku terus berjuang, berjuang dengan pelbagai godaan. Saat yg lain lena tidur dibuai mimpi, ak harus bersengkang mata menghadap esaimen yg ku tak tahu bila boleh ku siapkan..Hurmm mengeluh??sifat yg sangatlah perlu aku elakkan. Teringat kata-kata akak usrahku yg baru sem ini aku kenal, cukup menusuk kalbu.
         'Ihlaskah kita dlm segala amalan kita selama ini??'
        "Betulkah selama ini setiap perlakuan kita hanya untukNya?? LillahiTaala??"

Allah,sngguh berat utk menjawab persoalan ini. Selama ini tanpa sedar aku tak pernah ingin mempersoalkan diriku. Adakah aku ikhlas dlm ibadahku keranaNya?? Adakah aku ikhlas belajar keranaNya??

"IKHLAS"
Sebuah analogi yg sering ku dengar tentang IKHLAS sejak dr aku sekolah hinggalah sekarang analogi yg sama namun memang penuh makna.

     " Ikhlas digambarkan seekor semut hitam yg berada di atas batu yg sgt hitam dlm suasana malam yg sgt kelam."

Itulah IKHLAS. Sungguh susah untuk mentafsirkannya.Sejak persoalan ini timbul dalam diriku,sering aku mempersoalkannya kembali dalam setiap kerja buatku..Apakah aku belajar keranaNya?? Makan disebabkan lapar atau keranaNya??Tidurku??Percakapanku??Pemberianku,pertolongan yang aku curahkan buat sahabat-sahabatku??Ikhlaskah aku?? Setiap kali itu juga aku cuba muhasabah diriku. Sungguh persoalan ini memberi seribu makna dalam diriku. Kini setiap kerja buatku aku ingin kaitkan semua kerana Sang Pencipta. Kenapa?? KeranaNya aku hidup,aku masih diberi nafas, aku masih diberi kekuatan,aku masih diberi nikmat kesihatan,nikmat keluarga dan paling penting aku masih diberi nikmat IMAN dan ISLAM. Oleh itu semamangnya wajib untuk kita sebagai hambaNya berbuat sesuatu keranaNya kerana Dialah penggerak jiwa kita. Subhanallah sungguh kasih sayangMu buat hambaMu begitu besar , namun hambaMu ini tidak pernah unuk menyedarinya, hanya menagih kasih makhlukMu walaupun segalanya adalah penaturanMu. KasihMu lah kasih ABADI , cinta HAKIKI. Ku mohon agar aku terus istiqamah dalam amalanku mengejar redhaMU.



FirmanNya dlm surah Al-Baqarah ayt 30 (betulkan jika tersalah)"Dan aku ciptakan manusia untuk menjadi Khalifah di atas muka bumi ini. "Sesungghnya kita adalah khalifah. Setiap yang mengucap Syahadah ialah seorang DAEI.



Wednesday, 4 December 2013

V7 - Air Mata Kesedihan





Kadang- kadang Allah hadirkan kesedihan agar kita dekat denganNya,
Dengan kesedihan kita bangkit, dari yg biasa menjadi luar biasa,
Jadi,janganlah merasa lemah dengan kesedihan.
Ayuh bangkitkan hati wahai insan

Monday, 2 December 2013

~Di sebalik namaku~

Salam permulaan...

Di sebalik namaku tersingkap sejarahnya yang tersendiri.  
          Rabiatul Adawiyah Binti Meor Mohamad Zain
Nama yang cukup indah penuh makna bagi diriku ini dan aku sedia maklum ramai di luar sana yang jika disebut namaku ini pasti lirik lagu UNIC lahir dari bibir. Rabiah Al-adawi itulah nama seorang wanita yang diangkat menjadi wali Allah. Rabi'atul Adawiyah Al-Basriyah kecintaannya kepada Allah hingga malaikat boleh berbicara dengannya atas perintah Allah sama seperti yang dialami oleh iman al ghazali boleh berbicara dengan malaikat hingga diajar Allah ilmu ilmu untuk akhirat melalui malaikat. barulah aku faham maksud Allah didalam quran "bahwa Allah akan menunjuk dan membimbing sesiapa yang dikehendakinya" bermaksud mereka yang ikhlas dan cintakan Allah dan rasulnya. Sungguh aku sgt2 cemburu membaca kisahnya.Tetapi dlm tulisan pertamaku ini bukanlah kisah Rabiah al-adawiah yg ingin aku singkapkan tetapi kisah diriku hamba yg hina ini.
   
     Malam 3/9/1987 bersamaan malam 1 muharram 1409 hijrah sang suami yang menunggu iserinya yang ditahan di wad Hospital Kubang Kerian sedang lena tidur. Dalam tidurnya itu didatangkan seorang lelaki berjubah putih sambil memangku seorang bayi perempuan. Kemudian lelaki tersebut berkata kpd sang suami jika kelak anak yang lahir dari rahim isterimu itu perempuan berilah nama Rabiatul Adawiyah. Sang suami tersedar dari mimpinya. Keesokan harinya 4/9/1987 bersamaa 1 Muharram 1409 Hijrah lahirlah putera sulong buat pasangan Meor Mohamad Zain dan Zalina yg diberi nama Meor Ahmad Mustaqim yg bermaksud jln yg lurus dan sungguh peribadinya sgtla lurus. Sungguh putera yang hebat lahir menerangi kehidupan. Selang setahun kemudian lahir pula anak kedua mereka, seorang putera yg diberi nama Meor Ahmad Muslihuddin yg membawa makna pejuang yg soleh. 4 tahu berselang , anak ketiga mereka dilahirkan namun kali ini juga seorang putera. Meor Mohd Faiz , seorang yg berjaya dan sungguh kini telah menyinar kejayaan dalam keluarga menjadi satu-satunya Doktor insyaAllah. Tidak sampai setahun, sang isteri hamil lg bg meramaikan umat Muhammad. Kelahiran anak keempat ini membawa sinar cahaya kegembiraan seisi keluarga. Sungguh pengaturan Sang Pencipta cukuplah indah dan sempurna. Seorang puteri telah lahir pada tarikh yg sama 4/9/1993. Walaupun tarikh hijri yg berbeza. Nama yg telah lama tersemat di hati sang suami kini mampu disempurnakan dengan lahirnya sang puteri ini Rabiatul Adawiyah itulah aku. 

   Sungguh ayahku tidak pernah menceritakan kisah ini pada adik beradikku,saudaraku selama ini. Kisah ini tersingkap apabila sewaktu aku kecil dalam lingkungan umur 5@6 tahun ketika itu. Seorang sahabat ayahku telah datang ke rumah kami atas urusan kerja. Waktu itu aku memakai gaun yg menampakkan lututku namun atas ajaran ayahku selama ini yg sejak aku kecil mendidik aku utk memakai tudung pabila keluar memaksa aku utk segera memakai tudung. Sahabat ayahku tertarik denganku yg rajin bertudung walaupun masih kecil lantas bertanyakan namaku.Di situlah ayahku menceritakan kisah mimpinya tentang bagaimana boleh terlahir namaku. Saat itu hanya aku yg berada di samping ayahku. Sungguh kisah ini aku ingat sampai bila-bila walaupun mustahil seorang kanak-kanak seumurku untuk mengingati apa yg didengar namun kuasaNya aku mampu. 
   
   Apabila kisah ini terpamer dalam mindaku sungguh aku sedih. Aku sedih kerana aku tidak mampu untuk mencontohi pemilik nama sebenar Rabiatul Adawiyah ini. Di rumahku banyak buku-buku berkisarnya dibeli ayahku sejak aku kecil lg. Berbagai versi,kartun novel,bibliograi..Namun, aku masih tidak mampu mencontohi akhlak wali Allah ini. Aku sering lalai,alpa untuk munajat padaMu ya Rabb. Aku masih tidak mampu menjadi anak yg baik untuk kedua ibu bapaku. Aku masih lemah untuk bergerak dalam kerja dakwah sungguh aku lemah.

  Apa yg kuharapkan, dengan terlahirnya entri ini 
aku mampu utk berdakwah dengan penulisanku, 
aku mampu untuk menyampaikan walaupun sepotong ayat, 
aku mampu untuk menyumbang kepada agamaku yg suci ini, 
aku mampu utk menyambung perjuangan kekasihMU 
  Rasulullah S.A.W
aku mampu mengejar redhaMU
Mardhatillah itu harapanku 
 ~itu azamku~ 




                                                                USRATI~JANNATI
 
Start a new things based on Him :)

Sunday, 1 December 2013

Permulaanku

Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..
Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA..
Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita..”

Allah SWT berfirman :
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.”
(An Nuur : 31)