Thursday, 20 March 2014

UjianNya untuk Kita kerana KasihNya pada Kita


Sebuah cerita penuh tauladan..Walaupun Adda cuma copy n paste harap sgt beri manfaat :)


"Ouch!"

Kakiku terpijak kaca. 

Perlahan-lahan cuba buang serpihan kaca di tapak kaki. 
Kecil saja. Tapi berdarah juga.

Aku terhincut-hincut ke ruang tamu.

"Kau okay ke?" Kawan tanya. Ambil berat betul.

"Entah. Kaca tu tak belajar sekolah agama kot. Duk tengah-tengah jalan sampai dipijak aku yang sangat hensem ini."

Aku menjawab malas sambil mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Aku teringat satu kisah benar yang diceritakan padaku oleh pelajar USIM. Dia ceritakan mengenai kawannya yang satu universiti dengannya.

Kau nak dengar?"

Aku mengangguk sambil membulatkan mata macam Heliza Helmi.

"Suatu hari, pelajar perempuan ni memandu keretanya merentasi lebuhraya. Siang hari.

Entah macam mana, tengah-tengah drive tu tiba-tiba berlaku sesuatu. Hilang kawalan.

Kemalangan. Keretanya berpusing-pusing terbalik atas jalan. Remuk hancur keretanya.

Kenderaan-kenderaan lain memberhentikan kereta. Dari luaran, memang dah tak ada harapan dengan keadaan kereta yang sebegitu dahsyat. Sangka orang ramai yang lalu-lalang di situ, pemandu pasti dah meninggal dunia tersepit.

Tiba-tiba, kelihatan seorang gadis keluar dari kereta. Terhuyung-hayang. Masya-Allah, tiada sebarang kecederaan langsung!

Kereta barai, tuan tidak apa-apa. Lantas kawannya yang lalu di tempat kejadian memberhentikan kereta dan menolong beliau."

Kawanku mengusap-usap janggut helai jagungnya berkali-kali sambil menyambung,

"Dalam perjalanan, kawannya bertanya si gadis sebenarnya apa yang terjadi. Si gadis tu pun blur. Ingat-ingat lupa. Semua berlaku sekelip mata. Si gadis adalah seorang hafizah yang hafal 30 juz al-Quran.

Pada pagi kejadian, dia kata dia terlewat bangun untuk solat Subuh. Tapi, dia qadha (ganti) solat tu walaupun terbangun agak lewat.

Mungkin kerana terlewat itulah, Allah uji dengan kejadian sebegini. Menurutnya, ini bukan kali pertama berlaku kejadian-kejadian sedemikian. Bila dia buat sedikit kesilapan, Allah terus berikan musibah dan ujian sebagai kaffarah dosa.

Bila Allah sayang seseorang hamba-Nya, Dia akan jaga orang itu, Dia akan duga, Dia akan cuba sisihkan dosa-dosa hamba-Nya itu sehinggalah hamba itu bersih dari dosa. Sebab apa?

Sebab Allah nak masukkan dia dalam Syurga juga macam-macam mana pun."

Aku bersila berlaga lutut dengan lutut kawanku. Tatap muka kawanku penuh perhatian dengar cerita.

"Pengajaran dari cerita ini. Kau terpijak kaca, pasti sebab Allah suruh kau ingat kembali pada Dia.

Pasti ada saat kau terlupakan Dia.

Sekarang, setelah dengar cerita aku, kau mulai ingat tak pada-Nya?"

Aku tunduk tengok kain pelekat kawanku.

"Aku solat Asar pukul 6.59 petang tadi. Aku sengaja lewatkan sebab aku nak tengok facebook aku. Aku suka tengok orang likes."

Kawanku menepuk-nepuk bahuku.

"Jangan ulang lagi. Jangan sampai Allah enggan beri hidayah lagi. Bila Allah tak nak peduli kau lagi, hati yang gelap tu takkan mampu bercahaya lagi. Itulah ibu segala bala. Bila di dunia Allah tak simpati, di akhirat Allah pandang muka kau pun tak sudi. Apatah lagi Syurga nak Dia beri."

Aku tunduk mengalah.

Malu semalu. Malunya.

----RusydeeArt/SyababMusafirKasih@FB
(cerita benar perihal hafizah tu ) 

Tuesday, 11 March 2014

Sayangilah Alam Anugerah Tuhan

     Alhamdulillah diri ini masih lagi diberi nikmat untuk mnghirup udara , oksigen yang diberi atau boleh dikatan hanya dipinjamkan kepada diri ini agar terus bernyawa. Lama sungguh diri ini menyepi bukan kerana malas bertinta namun mungkin kesibukan diri serta semangat yang ada kian luntur. Allah sungguh berat rasanya melangkah ke semester baru buat diri ini. Kesibukan dengan pelbagai program , meeting yang tak berkesudahan sungguh buatkan aku rasa penat. Namun mujur ada sahabat-sahabat , ibu ayah yang menjadi penyuntik semangat.

   Melihatkan kepada post-post sebelum ini , gelaran yang penulis gemar gunakan ialah AKU yang sebenarnya pada realiti jarang digunakan. Mungkin post kali ini lebih santai jika ganti nama diri penulis selitkan. ADDA itulah gelaran yang sering dipanggil oleh sahabat-sahabat tapi untuk family lain pulak ye...heee :D
   
  Kalau sebelum ni , Adda suka selitkan post-post berunsur islamic ckit kn..Tapi kali ni nk sentuh tentang Alam sekitar yang kita diami nie..Sebab apa??sebabnya Adda merasakan tanggungjawab untuk share apa yg Adda pelajari dlm kelas dengan org sekeliling.

   Selama ni apa yg kita tahu , kita pandai je guna air , energy yg dh dibekalkan , udara yang kita sedut ni tnpa kita pikir apa akibatnya bila lg 30 thn , 100 thn semua sumber2 ni hilang??
itulah persoalan - persoalan yg kerap Adda dengar sejak involve dlm Sustainable Science course nie. Tanpa kita sedar dan sebenarnya ramai yg dh sedar cuma buat tak endah , sumber2 semulajadi kita ni sudah hampir 100% tercemar. Sebab apa??Sebab kita , generasi terdahulu yg hanya tahu mengguna xp tak tahu menghargai. 
  
   Sekarang di Selangor air terpaksa dicatu disebabkan kurangnya bekalan. Sebenarnya bekalan air ada cuma yg bersih itu tiada. Untuk merawat air sungai yg kita sendiri cemari memerlukan kos yg tersangatlah tinggi. Tapi kita bila dengar bil air naik tinggi melambung, perasaan marahkn pihak yg terbabit terus membuak. Padahal itulah harga yg kita patut bayar balik untuk kita dapatkan kembali air yang bersih  CLEAN , CLEAR , CRYSTAL WATER yg kita inginkan.

   Suka Adda nk petik kata-kata dr program Forum Perdana Ehwal Islam yg Adda tonton masa cuti kt rumah tempoh hari . Air ini sebenarnya ialah emas putih yg sangat berharga buat kita. Ianya sebenarnya emas yg kita xpernah sangkakan. Kerana apa??Kerana sifatnya bukanlah seperti emas permata oleh sebab itu kita tak tahu menghargainya. Cuba bayangkan jika air itu benar-benar bertukar menjadi emas putih setiap kali kita guna. Sudah pasti setiap org pasti akan menjaganya,menggunakannya secara minimum mungkin dan tahu menghargainya kan. 
  
   Ini baru bab air , belum lg bab sampah , udara. Sentuh tentang sampah. Adda sgtla nk mrh bila pergi Pantai Bisikan Bayu tempoh hari. Sebelum ni , ayh bawak pergi tmpt tu sangatlah bersih , boleh tgk pasir-pasirnya memutih tapi apa yg dh jadi setelah 6 bln xpergi??Penuh sampah sarap. Jika sebelum ni Pantai Tok Bali dikotori sampah , sekarang golongan-golongan xbertamadun ni dtg buat sampah kt pantai lain pulak. Gemar sungguh rasanya. Ayah memg pantang kalau tgk sampah sarap. Dikutip sampah sampah berdekatan dan yg termampu ayh bakar kt satu tempat. Betullah tindakan ayh selama nie nk Adda ambk kos Sustainable Science ni sbb nk terapkan dlm diri supaya jaga alam kita nie.

    Dalam Al-Quran sendiri kalau xsilap Adda ad menyebut tentang hubungan kita dengan alam. Nah kenapa kita susah sangat nk jaganya. Sekarang pembangunan semakin pesat kerana memang kita juga sgt memerlukannya untuk kelangsungan hidup kita , tetapi dlm masa yg sama kita perlu seimbangkan dgn ekosistem kita.


   ~The earth, the air, the land and the water are not an inheritance from our fore fathers but on loan from our children. So we have to handover to them at least as it was handed over to us~ Mahatma Ghandi


So konklusinya sama-samalah kita cuba menjaga Alam sekitar kita :D










 Program yg akan InsyaAllah akan kami jlnkan utk sama kita menjaga Alam ciptaan Tuhan ini dengan sebaiknya.