Melihatkan kepada post-post sebelum ini , gelaran yang penulis gemar gunakan ialah AKU yang sebenarnya pada realiti jarang digunakan. Mungkin post kali ini lebih santai jika ganti nama diri penulis selitkan. ADDA itulah gelaran yang sering dipanggil oleh sahabat-sahabat tapi untuk family lain pulak ye...heee :D
Kalau sebelum ni , Adda suka selitkan post-post berunsur islamic ckit kn..Tapi kali ni nk sentuh tentang Alam sekitar yang kita diami nie..Sebab apa??sebabnya Adda merasakan tanggungjawab untuk share apa yg Adda pelajari dlm kelas dengan org sekeliling.
Selama ni apa yg kita tahu , kita pandai je guna air , energy yg dh dibekalkan , udara yang kita sedut ni tnpa kita pikir apa akibatnya bila lg 30 thn , 100 thn semua sumber2 ni hilang??
itulah persoalan - persoalan yg kerap Adda dengar sejak involve dlm Sustainable Science course nie. Tanpa kita sedar dan sebenarnya ramai yg dh sedar cuma buat tak endah , sumber2 semulajadi kita ni sudah hampir 100% tercemar. Sebab apa??Sebab kita , generasi terdahulu yg hanya tahu mengguna xp tak tahu menghargai.
Sekarang di Selangor air terpaksa dicatu disebabkan kurangnya bekalan. Sebenarnya bekalan air ada cuma yg bersih itu tiada. Untuk merawat air sungai yg kita sendiri cemari memerlukan kos yg tersangatlah tinggi. Tapi kita bila dengar bil air naik tinggi melambung, perasaan marahkn pihak yg terbabit terus membuak. Padahal itulah harga yg kita patut bayar balik untuk kita dapatkan kembali air yang bersih CLEAN , CLEAR , CRYSTAL WATER yg kita inginkan.
Suka Adda nk petik kata-kata dr program Forum Perdana Ehwal Islam yg Adda tonton masa cuti kt rumah tempoh hari . Air ini sebenarnya ialah emas putih yg sangat berharga buat kita. Ianya sebenarnya emas yg kita xpernah sangkakan. Kerana apa??Kerana sifatnya bukanlah seperti emas permata oleh sebab itu kita tak tahu menghargainya. Cuba bayangkan jika air itu benar-benar bertukar menjadi emas putih setiap kali kita guna. Sudah pasti setiap org pasti akan menjaganya,menggunakannya secara minimum mungkin dan tahu menghargainya kan.
Ini baru bab air , belum lg bab sampah , udara. Sentuh tentang sampah. Adda sgtla nk mrh bila pergi Pantai Bisikan Bayu tempoh hari. Sebelum ni , ayh bawak pergi tmpt tu sangatlah bersih , boleh tgk pasir-pasirnya memutih tapi apa yg dh jadi setelah 6 bln xpergi??Penuh sampah sarap. Jika sebelum ni Pantai Tok Bali dikotori sampah , sekarang golongan-golongan xbertamadun ni dtg buat sampah kt pantai lain pulak. Gemar sungguh rasanya. Ayah memg pantang kalau tgk sampah sarap. Dikutip sampah sampah berdekatan dan yg termampu ayh bakar kt satu tempat. Betullah tindakan ayh selama nie nk Adda ambk kos Sustainable Science ni sbb nk terapkan dlm diri supaya jaga alam kita nie.
Dalam Al-Quran sendiri kalau xsilap Adda ad menyebut tentang hubungan kita dengan alam. Nah kenapa kita susah sangat nk jaganya. Sekarang pembangunan semakin pesat kerana memang kita juga sgt memerlukannya untuk kelangsungan hidup kita , tetapi dlm masa yg sama kita perlu seimbangkan dgn ekosistem kita.
~The earth, the air, the land and the water are not an inheritance from our fore fathers but on loan from our children. So we have to handover to them at least as it was handed over to us~ Mahatma Ghandi
So konklusinya sama-samalah kita cuba menjaga Alam sekitar kita :D


No comments:
Post a Comment