Thursday, 5 December 2013

Ikhlaskah aku keranaNYa

Kehidupan pelajar universiti terkadang memaksa untukku terus berjuang, berjuang dengan pelbagai godaan. Saat yg lain lena tidur dibuai mimpi, ak harus bersengkang mata menghadap esaimen yg ku tak tahu bila boleh ku siapkan..Hurmm mengeluh??sifat yg sangatlah perlu aku elakkan. Teringat kata-kata akak usrahku yg baru sem ini aku kenal, cukup menusuk kalbu.
         'Ihlaskah kita dlm segala amalan kita selama ini??'
        "Betulkah selama ini setiap perlakuan kita hanya untukNya?? LillahiTaala??"

Allah,sngguh berat utk menjawab persoalan ini. Selama ini tanpa sedar aku tak pernah ingin mempersoalkan diriku. Adakah aku ikhlas dlm ibadahku keranaNya?? Adakah aku ikhlas belajar keranaNya??

"IKHLAS"
Sebuah analogi yg sering ku dengar tentang IKHLAS sejak dr aku sekolah hinggalah sekarang analogi yg sama namun memang penuh makna.

     " Ikhlas digambarkan seekor semut hitam yg berada di atas batu yg sgt hitam dlm suasana malam yg sgt kelam."

Itulah IKHLAS. Sungguh susah untuk mentafsirkannya.Sejak persoalan ini timbul dalam diriku,sering aku mempersoalkannya kembali dalam setiap kerja buatku..Apakah aku belajar keranaNya?? Makan disebabkan lapar atau keranaNya??Tidurku??Percakapanku??Pemberianku,pertolongan yang aku curahkan buat sahabat-sahabatku??Ikhlaskah aku?? Setiap kali itu juga aku cuba muhasabah diriku. Sungguh persoalan ini memberi seribu makna dalam diriku. Kini setiap kerja buatku aku ingin kaitkan semua kerana Sang Pencipta. Kenapa?? KeranaNya aku hidup,aku masih diberi nafas, aku masih diberi kekuatan,aku masih diberi nikmat kesihatan,nikmat keluarga dan paling penting aku masih diberi nikmat IMAN dan ISLAM. Oleh itu semamangnya wajib untuk kita sebagai hambaNya berbuat sesuatu keranaNya kerana Dialah penggerak jiwa kita. Subhanallah sungguh kasih sayangMu buat hambaMu begitu besar , namun hambaMu ini tidak pernah unuk menyedarinya, hanya menagih kasih makhlukMu walaupun segalanya adalah penaturanMu. KasihMu lah kasih ABADI , cinta HAKIKI. Ku mohon agar aku terus istiqamah dalam amalanku mengejar redhaMU.



FirmanNya dlm surah Al-Baqarah ayt 30 (betulkan jika tersalah)"Dan aku ciptakan manusia untuk menjadi Khalifah di atas muka bumi ini. "Sesungghnya kita adalah khalifah. Setiap yang mengucap Syahadah ialah seorang DAEI.



No comments:

Post a Comment