Salam permulaan...
Di sebalik namaku tersingkap sejarahnya yang tersendiri.
Rabiatul Adawiyah Binti Meor Mohamad Zain
Nama yang cukup indah penuh makna bagi diriku ini dan aku sedia maklum ramai di luar sana yang jika disebut namaku ini pasti lirik lagu UNIC lahir dari bibir. Rabiah Al-adawi itulah nama seorang wanita yang diangkat menjadi wali Allah. Rabi'atul Adawiyah Al-Basriyah kecintaannya kepada Allah hingga malaikat boleh berbicara dengannya atas perintah Allah sama
seperti yang dialami oleh iman al ghazali boleh berbicara dengan
malaikat hingga diajar Allah ilmu ilmu untuk akhirat melalui malaikat.
barulah aku faham maksud Allah didalam quran "bahwa Allah akan menunjuk
dan membimbing sesiapa yang dikehendakinya" bermaksud mereka yang ikhlas
dan cintakan Allah dan rasulnya. Sungguh aku sgt2 cemburu membaca kisahnya.Tetapi dlm tulisan pertamaku ini bukanlah kisah Rabiah al-adawiah yg ingin aku singkapkan tetapi kisah diriku hamba yg hina ini.
Malam 3/9/1987 bersamaan malam 1 muharram 1409 hijrah sang suami yang menunggu iserinya yang ditahan di wad Hospital Kubang Kerian sedang lena tidur. Dalam tidurnya itu didatangkan seorang lelaki berjubah putih sambil memangku seorang bayi perempuan. Kemudian lelaki tersebut berkata kpd sang suami jika kelak anak yang lahir dari rahim isterimu itu perempuan berilah nama Rabiatul Adawiyah. Sang suami tersedar dari mimpinya. Keesokan harinya 4/9/1987 bersamaa 1 Muharram 1409 Hijrah lahirlah putera sulong buat pasangan Meor Mohamad Zain dan Zalina yg diberi nama Meor Ahmad Mustaqim yg bermaksud jln yg lurus dan sungguh peribadinya sgtla lurus. Sungguh putera yang hebat lahir menerangi kehidupan. Selang setahun kemudian lahir pula anak kedua mereka, seorang putera yg diberi nama Meor Ahmad Muslihuddin yg membawa makna pejuang yg soleh. 4 tahu berselang , anak ketiga mereka dilahirkan namun kali ini juga seorang putera. Meor Mohd Faiz , seorang yg berjaya dan sungguh kini telah menyinar kejayaan dalam keluarga menjadi satu-satunya Doktor insyaAllah. Tidak sampai setahun, sang isteri hamil lg bg meramaikan umat Muhammad. Kelahiran anak keempat ini membawa sinar cahaya kegembiraan seisi keluarga. Sungguh pengaturan Sang Pencipta cukuplah indah dan sempurna. Seorang puteri telah lahir pada tarikh yg sama 4/9/1993. Walaupun tarikh hijri yg berbeza. Nama yg telah lama tersemat di hati sang suami kini mampu disempurnakan dengan lahirnya sang puteri ini Rabiatul Adawiyah itulah aku.
Sungguh ayahku tidak pernah menceritakan kisah ini pada adik beradikku,saudaraku selama ini. Kisah ini tersingkap apabila sewaktu aku kecil dalam lingkungan umur 5@6 tahun ketika itu. Seorang sahabat ayahku telah datang ke rumah kami atas urusan kerja. Waktu itu aku memakai gaun yg menampakkan lututku namun atas ajaran ayahku selama ini yg sejak aku kecil mendidik aku utk memakai tudung pabila keluar memaksa aku utk segera memakai tudung. Sahabat ayahku tertarik denganku yg rajin bertudung walaupun masih kecil lantas bertanyakan namaku.Di situlah ayahku menceritakan kisah mimpinya tentang bagaimana boleh terlahir namaku. Saat itu hanya aku yg berada di samping ayahku. Sungguh kisah ini aku ingat sampai bila-bila walaupun mustahil seorang kanak-kanak seumurku untuk mengingati apa yg didengar namun kuasaNya aku mampu.
Apabila kisah ini terpamer dalam mindaku sungguh aku sedih. Aku sedih kerana aku tidak mampu untuk mencontohi pemilik nama sebenar Rabiatul Adawiyah ini. Di rumahku banyak buku-buku berkisarnya dibeli ayahku sejak aku kecil lg. Berbagai versi,kartun novel,bibliograi..Namun, aku masih tidak mampu mencontohi akhlak wali Allah ini. Aku sering lalai,alpa untuk munajat padaMu ya Rabb. Aku masih tidak mampu menjadi anak yg baik untuk kedua ibu bapaku. Aku masih lemah untuk bergerak dalam kerja dakwah sungguh aku lemah.
Apa yg kuharapkan, dengan terlahirnya entri ini
aku mampu utk berdakwah dengan penulisanku,
aku mampu untuk menyampaikan walaupun sepotong ayat,
aku mampu untuk menyumbang kepada agamaku yg suci ini,
aku mampu utk menyambung perjuangan kekasihMU
Rasulullah S.A.W
aku mampu mengejar redhaMU
Mardhatillah itu harapanku
~itu azamku~
USRATI~JANNATI
No comments:
Post a Comment