Salam imtihan, walaupun kebanyakannya pasti dah nk habiskan?? Aku masih ada satu paper yang bagiku sangat-sangat " KILLER SUBJECT ".( Stressla aku , Carry mark aku rendahla , apa la lecturer nie tak membantu lansung la. Exam 40 % jew pn , matilala aku carry mark rendah , Soalan tadi entah apa-apa entah tak pernah dia ajar pun. )
Itulah antara kata-kata lemah sangat yang keluar dari mulut kita tanpa kta sedari sebenarnya telah melemahkan semangat kita dan membuatkan kita putus harapan. Namun sedarkah kita apa yang terjadi dalam setiap kehidupan ini adalah keranaNya. Di manakah kita letakkan kebergantungan kita ?? Pada yang Mencipta atau pada makhluk yang diciptaNya ?? Atau pada material dunia yang semata-mata. Adakah apa yang kita kerjakan kerana dunia semata atau untuk mencari redhaNya ?? Lagi satu , ingatkah kita belajar ini adalah AMANAH untuk kita?? huu..bila ku pikir-pikirkan banyaknya salahku. Amanah yang ibu bapaku tugaskan bagaimana?? Amanahku pada Allah bagaimana ??
" Kalau dah stress sangat tu maksudnya hati tu jauh dari Dia la " kata-kata seorang temanku yang sangat aku sayang sebab dialah selalu nasihat aku..
So,sahabat-sahabatku don't give up. Jangan pernah putus asa kerana itu sangatlah sifat yang tidak sepatutnya. Letakkan kebergantungan kita sepenuhnya kepada Yang Kuasa kerana Dialah yang mengawal semuanya. Dialah yang memegang hati pemeriksa kertas kita untuk bagi markah kita , Dia lah yang mengawal hati kita untuk tentukan jawapan mana yang betul atau salah dalam exam nanti. So, Adawiyah chaiyok2!! Fighting, 1 more paper to go..InsyaAllah aku boleh.

No comments:
Post a Comment