Wednesday, 1 January 2014

Tahun penuh Harapan

Muhasabah untuk tahun baru

Kenapa Allah masih hidupkan aku hari ini? Jawapan Imam Ghazali :"Kerana dosaku terlalu banyak dan Allah masih izinkan aku untuk bertaubat"


Semoga hari esok lebih baik dari semalam

Semoga tahun depan dan seterusnya lebih baik dari sebelumnya
Semoga kita semua sentiasa mengejar redha Illahi
Semoga diri ini terus mampu megapai Mardhatillah
Semoga diri ini mampu berbakti untuk ummah, keluarga.



Tahun 2013 sungguh banyak kenangan pahit , manis dalam arus kehidupan. Aku percaya setiap orang juga sebegini rupa. Namun yang membezakannya ialah adakah kita masih mahu terus menerus mengalami kenangan yang sebegitu rupa atau ingin mengubah ke arah yang lebih baik??

Persoalan itu hanya diri anda yang mampu untuk menjawabnya. 

Kini aku merasakan sudah banyak perubahan yang berlaku dalam sambutan ambang tahun baru dalam negaraku ini. Sambutan ke arah pengisian jiwa rohani telah mampu menarik jiwa masyarakat. Sungguh perubahan ini merupakan perubahan yang besar. Pelbagai golongan terutamanya artis dilihat kini sudah ramai yang menjurus ke arah mencari sinar kebenaran, iaitu cahaya keindahan indahnya dunia Islam. Persoalan dan juga sebenarnya sebuah harapan yang kini sering menggangu diriku dan tak mungkin terjawab. 


Apakah Islam sudah kembali ingin dipuncaknya?? Setiap 100 tahun pasti akan ada yang menegakkan kembali agama syumul ini. Itulah kata2 yang kupetik dari kakak usrahku. Kini pelbagai fenomena, peristiwa yang sering melanda ummah. Ada yang sangat merisaukan , ada yang penuh dengan motivasi memberi semangat untuk perjuangan Islam. 


Sempena tahun baru masihi ini dan juga hijrah yang baru menginjak ke Bulan RabiulAwal aku harap perjuangan Islam terus di puncak , aku harap diriku mampu untuk turut sama dalam kancah perjuangan. Syahid impianku dan aku pasti impian setiap mukminin. 


Allah,aku mohon dariMu agar berikan aku ruang , kesempatan untuk aku turut sama dalam perjuangan , Engkau berikan kemenangan untuk saudara-saudara kami dari ancaman musuh-musuh Islam , 

sungguh aku menangis kerana aku di sini hidup penuh nikmat namun saudara-saudaraku disana penuh dengan kegusaran. 
Mohon doa dari kalian untuk mereka yang kini sedang tegar memperjuangkan agama Islam. 

No comments:

Post a Comment