Wednesday, 8 January 2014

Bangkitlah Syabab Akhir Zaman

Di Syria , Palestin , Myanmar , Pakistan , Afghanistan dan mana-mana negara Islam yang ditindas Wanita-wanitanya diperkosa , dijatuhkan maruah mereka , Anak - anak kecil disembelih , dibunuh beramai-ramai , pemuda-pemudanya di penjara , di tanam hidup-hidup , dibakar malah lebih dahsyat lagi pembunuhan yang dilakukan , ibu-ibu , ayah-ayah diseksa , dibunuh dihadapan anak mereka sendiri. 

Namun apa yang kulihat di negaraku ini ,
Wanita -wanita merelakan sendiri maruahnya diragut oleh bukan ajnabi ,bukan pemilik sebenar malah sanggup menjadi bahan taruhan , anak-anak yg idak berdosa dibunuh,dibuang sendiri oleh ibu kandunganya sendiri dek malu kerana perbuatan terkutuknya , anak sanggup memukul ibunya sendiri malah ada sehingga membunuh dek kerana najis dadah. 

Benarlah kata orang , negara kita takkan diserang musuh Islam dari luaran dari segi fizikal kerana sebenarnya tanpa sedar kita telah diserang. 
Diserang dengan pemikiran,ideologi-ideologi barat, hiburan berlebihan , jiwa yang lupakan Tuhan hingga hilanglah pemuda-pemudi yang ingin berjuang di jalan kebenaran.

Sungguh aku sedih ,takut. Takut dengan bangsaku sendiri. Ayuh bangkitlah wahai syabab. Bangkitlah untuk kemenangan yang pasti, yang sudah dijanjikan kerana kitalah penggerak masa hadapan.

 Setiap 100 tahun pasti akan didatangkan syabab yang membawa kemenangan. Justeru bangkitlah , bangkitlah wahai saudara-saudaraku.. Kemenganan mutlak kelak akan menjelang. Islam kembali dipuncak. Sahutlah seruan jihad. Syahidnya dikau wahai pemuda sebagai bintang syurga.


No comments:

Post a Comment